Wednesday, November 26, 2008

Suasana Sekitar Majlis Perkahwinan




WALIMAHTULL URRUS,SAUDARA AZRAANI DENGAN NIK MURSHIDAH


Alhamdulilah dengan keizinan dan keredaan Allah SWT majlis kenduri saudara Azraani dapat dijalankan dengan meriah.Majlis diadakan pada 20 November 2008.Kehadiran para tetamu dianggarkan sekitar dua ribu orang.Majlis kenduri ini bermula dari malam hari sebelum kenduri lagi dengan mengadakan majlis marhaban.
Disebalik tabir majlis kenduri saudara azaani ini tersimpul pelbagai faedah yang menarik yang sesuai untuk didengar.Kami sempat menemuramah saudara azraani pada malam hari sebelum majlis kenduri kahwinnya.Wajah saudara azraani yang tersenyum lebar dengan riak muka yang manis jelas mengambarkan kegembiraan hatinya,beliau hanya mengatakan betapa bahagianya bercinta selepas kahwin.Penyataan ini membuatkan kami tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan kisah pertemuan mereka. Beliau berkata, ana hanya tertarik dengan zaujah ana hanya dengan melihat gambar yang diambil oleh kawan ana semasa satu program diadakan di Kelantan.Perasaan yang sukar digambarkan itu menyebabkan beliau mahu mengenali zaujahnya dengan lebih rapat lagi.Akhirnya mereka pun bertunang dengan restu kedua ibubapa mereka.
Sepanjang tempuh pertunangan mereka yang mengambil masa selama satu tahun jelas menguji keimanan dan kesabaran saudara azraani.Pertunangan mereka tidak seperti pertunangan orang lain,mereka tetap menjaga pergaulan mereka.Saudara azraani berkata mereka hanya berSMS seminggu sekali sahaja.kalau dah berSMS seminggu sekali berjumpa lagilah hanya beberapa kali sahaja,Lihatlah betapa mereka menjaga pergaulan mereka tidak seperti orang melayu masa sekarang yang dengan bertunang sahaja telah keluar berdating kesana kemari.Perlu dingatkan bertunang tidak menghalalkan persentuhan antara mereka dan batas pergaulan perlu dijaga.Apatah lagi budak-budak muda masa sekarang yang tanpa ikatan bertunang sekalipun telah berani naik moto bersama menonggek sana sini.Just diikatkan dengan hubungan yang dikatakan mereka girlfriend dan boyfriend.Ya Allah ampunilah umat islam yang berbangsa melayu ini sesunguhnya melayu mudah melupa siapa pencipta mereka.