Sunday, November 8, 2009

MENUJU SYURGA YANG TINGGI ATAU NERAKA YANG PANAS MEMBARA.



Cuti semester telah bermula maka bermulalah segalanya.Sekali lagi pertarungan antara iman dan nafsu,syurga dan neraka,dosa dan pahala akan bermula.Adakah cuti ini akan memberi manfaat kepada saya atau sebaliknya.Perasaan senang dan lalai menyebabkan saya mudah terlena dihanyut oleh banyangan dunia.
Bagaimanakah saya akan mencaturkan cuti ini supaya menjadi cuti yang bermanfaat.Itulah persoalan yang timbul ketika saya didalam bas menuju ke kampung tercinta.Ada perasaan menyatakan aaah rileks sudah cuti ini,ada yang menyatakan biar lah cuti ini dihabiskan begitu sahaja dan ada terfikir nak habiskan cuti ini dengan kerja yang bermanfaat.Oleh yang demikian saya akan cuba sedaya upaya untuk mengahabiskan cuti ini dengan perkara yang bermanfaat.Semoga ALLAH bersama saya dan saya berterima kasih kepada seseorang kerana memberi saya semangat untuk menulis dalam blog ini lagi jazakallah.