Thursday, July 9, 2009

SYUKUR KEPADA ALLAH PPSMI DIMANSUHKAN DAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN

Akhirnya isu ini selesai juga,syukur kepada Allah dengan izinnya isu ini dapat diselesaikan jua.Terima kasih kepada semua perjuang2 yang menegakkan bahasa melayu ini.Bagi saya pemansuhan PPSMI ini merupakan langkah yang bijak dilakukan oleh kerajaan kerana ini melibatkan masa depan anak-anak malaysia pada masa hadapan dalam mempelajari ilmu matematik dan sains.Ilmu matematik dan sains memang sukar difahami apatah lagi diajar dalam bahasa inggeris.Memang bahasa inggeris merupakan bahasa global sekarang tetapi pengajaran bahasa inggeris ini boleh dimantapkan lagi dengan memperkasakan bahasa inggeris itu dikalangan para pelajar melalui pembelajaran subjek bahasa inggeris itu sendiri didalam kelasnya.
Mengapa sebelum ini bahasa arab yang merupakan bahasa al quran dan bahasa ilmu tidak diterapkan dikalangan para pelajar sedangkan dalam al quran itu sendiri mempunyai banyak ilmu yang harus dipelajari.Semua pihak harus membuka minda dan berlandaskan ajaran islam jangan hanya mengikut jejak barat sahaja kerana isu global ini merupakan isu yang diterapkan oleh barat supaya kita melupakan ajaran islam.Sebagai contohnya kita lihat perkembangan ekonomi sekarang mengapa mengalami kemerosotan dunia,ini disebabkan oleh semua negara didalam dunia ini bergantung kepada negara2 barat.Lihatlah sinar islam akhirnya mucul dengan sistem perbankan dalam islam yang tidak mengamalkan unsur riba berjaya menyelesaikan masalah ekonomi yang membimbangkan pemimpin dunia masa sekarang.INgatlah JANJI ALLAH ITU PASTI