Wednesday, December 24, 2008

Perang Hunain

Pembukaan kota Makkah berlaku dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas satu pukulan mengejut, membingungkan seluruh bangsa Arab dan menjadikan seluruh qabilah yang berhampiran dengannya terkejut, mereka tidak berdaya untuk menghalanginya, oleh yang demikian mereka tidak ada jalan selairi dari menerima sahaja hakikat yang berlaku, terkecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan bongkak, terutamanya seperti suku Hawazin dan Thaqif, kemudian turut membuat sikap yang sama ialah qabilah Nasr, Jasyam, Saad bin Bakar dan beberapa individu dari Banu Hilal. Kesemua mereka ini dari kelompok Qais Ailan, qabilah-qabilah ini terasa berat untuk menerima kemenangan Islam. Oleh yang demikian maka seluruh mereka telah bersekutu dengan Malik bin Auf al-Nasri dan membuat keputusan untuk bergerak mara memerangi kaum muslimin.

PERGERAKAN MUSUH DAN PERSINGGAHAN DI AUTAS

Sebaik sahaja Malik bin Auf selaku turus agung pemimpin pergerakan musuh membuat keputusan untuk bergerak memerangi kaum muslimin, maka di antara keputusannya ialah membawa bersama mereka harta-harta, kaum wanita dan anak-anak mereka. Dengan itu mereka pun bergerak hingga sampai di Autas, lembah yang terletak di daerah perkampungan Hawazin berhampiran "Hunain". Namun demikian lembah Autas bukanlah lembah Hunain, lembah Hunain terletak berhampiran Zi al-Majaz. Dari lembah Autas ke Makkah adalah sepuluh batu lebih ke arah Arafah.



YANG BERPENGALAMAN DI DALAM PEPERANGAN (MEMATAHKAN) PENDAPAT PEMIMPIN

Semasa beliau turun bersama orang ramai di Autas, di antara mereka ialah Duraid bin al-Sammah, ianya seorang yang lanjut usia dan buta, berpengetahuan mengenai peperangan, berani dan berpengalaman. Tanya Duraid: "Di lembah mana kamu sekarang?" Jawab yang hadir: "Kita sekarang di Autas," maka kata beliau: "Ianya adalah sebaik tempat untuk kuda-kuda di sini", ku menelah bahawa tiada peristiwa yang mendukakan dan tanah lapang yang tidak diceroboh, tetapi apa itu? ku dengar suara-suara unta dan teriakan keldai, malah kedengaran tangisan anak-anak dan bebekan kambing" Jawab mereka: "Sebenarnya Malik bin Auf telah mengerah habis-habisan, bersama-sama askar ialah kaum wanita, harta-harta dan anak-anak mereka, kemudian beliau menjemput Malik dan bertanyakan kenapa dibawa kesemuanya ini. Jawab beliau: "Aku hendak letak semuanya ini di belakang setiap tentera supaya setiap mereka bersemangat untuk mempertahankan haknya". Jawab Duraid: "Demi Allah, ini adalah tindakan seorang .gembala kambing, bukannya seorang pemimpin bangsa. Apakah orang kalah dapat membawa balik sesuatu? Sebenarnya walaupun kesemuanya itu milik kau tetapi ianya tidak memberi sebarang faedah pun kepada seorang pahlawan

selain dari pedang dan tombaknya. Seandai kau kalah bererti kau telah menempah padah buruk ke atas keluarga kau dan harta kau". Kemudian beliau bertanya kepada qabilah- qabilah lain dan pemimpin-pemimpinnya. Dan katanya lagi: "Wahai Malik, sebenarnya kau belum lagi menyediakan perisai "Huwazin" ke leher-leher kuda-kuda mereka, Ayuh letakkan mereka di dalam benteng-benteng negara mereka, dan status ketinggian bangsa mereka, kemudian berhadapanlah dengan pengikut Muhammad itu dengan kuda kamu, sekiranya kemenangan berpihak kepada kamu maka orang-orang kau akan menurut dari belakang, tapi sekiranya kau kalah maka keluarga kau dan harta kau masih selamat".

Namun Malik ketua agung itu enggan mematuh permintaan itu dengan menegaskan: "Demi Allah tidak akan ku lakukan, sebenarnya kau sudah lanjut usia, pemikiran kau pun sudah nyanyuk. Demi Allah, Hawazin mesti mengikut cakapku, atau pun aku boleh tusukkan pedang ku ini ke perut ku hingga terkeluar dari belakang ku". Sebenarnya beliau tidak suka Duraid memain sebarang peranan yang kelak akan disebut-sebut namanya. Maka jawab seluruh Hawazin: "Ya kami semua mengikut arahan mu". Sekali lagi Duraid berkata: "Inilah hari yang belum pernah lagi aku saksikan sepertinya, aku tidak mahu melepas peluang untuk melihat kesudahannya". Lantas beliau bermadah:

Kiranya ku masih belia

Di medan perang ku mara

Kancahnya ku nyala

Tentera ku terajui

Air mata ku usapi

Kini peperangan bagaikan bin-bin

Ke ruang persembelihan dituntuni



UNIT INTIPAN MUSUH

Beberapa orang risikan yang dihantar oleh Malik kini kembali kepadanya memberi laporan dalam keadaan mengeletar. Kata Malik: "Apa ceritanya?" Jawab mereka; "Kami dapati tentera serba putih di atas belakang kuda-kuda merah dan putih, kami ketakutan dan inilah hal kami".



UNIT INTIPAN RASULULLAH (S.A.W)

Rasulullah telah mendapat maklumat tentang pergerakan musuh, sebagai tindakan maka Rasulullah mengutus Abi Hadad al-Aslami menyuruh beliau menyusup masuk ke tengah-tengah musuh dan tinggal di sana untuk memperolehi maklumat lengkap mengenai mereka. Abu Hadad pun bergerak ke sana.



RASULULLAH BERGERAK MENINGGALKAN MAKKAH MENUJUKE HUNAIN

Tanggal enam (6) haribulan Syawal tahun kelapan (8)Hijrah bersamaan pada hari Sabtu, Rasulullah pun bergerak keluar dari Makkah. Hari itu genap sembilan belas hari Rasulullah memasuki Makkah, Baginda bergerak dengan kekuatan seramai dua belas ribu tentera Islam, sepuluh ribu adalah mereka yang keluar bersama-sama Baginda semasa pembukaan Makkah, selebihnya adalah penduduk Makkah, di mana kebanyakan mereka masih baru lagi menganut Islam. Rasulullah telah meminjamkan seratus pasang baju besi dengan kelengkapannya sekali, buat memikul tanggungjawab Makkah, Baginda telah meletak Utab bin Usaiyed sebagai amirnya.

Di sebelah petang seorang askar berkuda telah datang menemui Rasulullah dengan berkata: Ku telah naik ke bukit itu dan bukit ini, dan ku telah dapati qabilah Hawazin telah keluar seisi rumah mereka, wanita-wanitanya, unta-unta dan harta-hartanya. Rasulullah (s.a.w) senyu.m mendengar laporan berkenaannya sambil berkata: "Itu adalah harta rampasan kaum muslimin besok". Insya Allah, di malam itu secara sukarela Anas bin Abi Mirthad al-Ghanuwi telah menawar dirinya untuk mengawal Rasulullah (s.a.w).

Semasa di dalam perjalanan mereka ke "Hunain" tentera Islam telah melihat sepohon kayu besar menghijau dikenali sebagai "Zat Anwat". Sudah menjadi adat orang Arab untuk menyangkut peralatan senjata mereka di situ. Maka kata sesetengah tentera kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, buatkan untuk kita Zat Anwat juga seperti mereka mempunyai Zat Anwat mereka. Jawab Rasulullah (s.a.w): "Allahu Akbar, Maha Besar Allah, kamu sanggup berkata demikian. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad di tanganNya, kata-kata kamu ini serupri dengan kata-kata kaum Musa kepadanya. Jadikanlah untuk kami Tuhan, seperti mana mereka itu mempunyai Tuhan mereka dan kata Musa: Sesungguhnya kamu ini satu kaum yang jahil, dan sebenarnya inilah ikutan, dan sebenarnya kamu akan mengikuti jalan- jalan orang yang terdahulu dari kamu ". Terdapat juga di antara mereka yang berkata setelah melihat bilangan tentera yang ramai: Di hari ini kita tidak boleh dikalahkan lagi. Kata-kata ini dianggap dan dipandang berat oleh Rasulullah.



TENTERA ISLAM DISERANG HENDAP DAN PENDIRIAN KAUM MUHAJIRIN

Tentera Islam telah sampai ke Hunain pada malam Selasa sepuluh hari terakhir bulan Syawal. Malik bin Auf telah sampai ke situ terlebih dahulu, beliau telah menyusun tenteranya di lembah Hunain, dengan meletakkan kelompok penyerang di sepanjang jalan dan pintu masuk malah di seluruh lereng-lereng bukit Hunain dan lorong-lorongnya, beliau memberi arahan supaya mereka memanah tentera Islam apabila mereka muncul di situ, kemudian menyerang serentak ke atas tentera Islam.

Di hujung malam Rasulullah menyusun tenteranya, Baginda membahagikan tenteranya kepada pasukan-pasukan dan unit-unit, di awal subuh mereka berjalan menuju ke lembah Hunain, semasa tentera Islam turun ke lembah berkenaan, tiba-tiba mereka dihujani dengan serang hendap oleh tentera Malik yang telah lama menunggu di situ, tentera Islam dihujani dengan panahan yang bertubi-tubi, serentak dengan itu unit-unit tentera musuh mengasak mereka, apa lagi tentera Islam pun berpatah balik ke belakang dalam keadaan berkecamuk dan huruhara. lanya adalah satu kekalahan yang parah, hinggakan Abu Sufian yang masih baru lagi dengan Islam pun berkata; "Kekalahan mereka ini tidak akan berhenti kecuali setelah mereka berundur hingga sampai Laut (yakni Laut Merah). Dalam keadaan kelam Kabul Jibillah atau Kildah bin al-Junaid meneriak dengan katanya: "Hari ini sihir sudah tidak menjadi lagi". Rasulullah (s.a.w) mengelak sebelah kanan sambil melaung: "Wahai kalian ayuh ke sini, aku adalah Rasulullah, aku Muhammad Ibni Abdullah". Yang kekal bersama Baginda dalam keadaan yang gawat ini hanya beberapa orang dari kaum Muhajirin dan keluarga Baginda. Di dalam situasi ini terserlah keberanian Rasulullah (s.a.w)yang tiada bandingannya. Rasulullah tampil ke hadapan kaum kafirin dengan memecut keldainya sambil melaung:

Aku adalah nabi sebenar tiada mendusta

Akulah putera Abdul al-Muttalib

Di masa itu Abu Sufian bin al-Harith terus memegang tali keldainya dan al-Abbaspun dengan tunggangannya kedua-dua mereka membantu Rasulullah (s.a.w) supaya keldai tidak memecut laju. Kemudian Rasulullah (s.a.w) turun dengan tangan memohon kepada Allah dengan katanya: Ya Allah Ya TVihanku turunkanlah pertolongan Mu itu.



TENTERA ISLAM BERSATU SEMULA DAN MENERUSKAN PEPERANGAN

Rasulullah mengarah bapa saudaranya al-Abbas yang bersuara lantang untuk melaung kepada semua para sahabat. Kata al-Abbas: Aku melaung sehabis lantang suaraku: "Mana dia para sahabat setia?" Kata al-Abbas seterusnya: Demi Allah, semasa mereka mendengar laungan itu segera mereka berpatah balik bagaikan kembalinya seekor lembu ke hadapan anak kesayangannya. Jawab mereka semua: "Ya Rasulullah, Ya Rasulullah ada orang cuba hendak berpatah balik kepada Rasulullah dengan untanya, sudah tidak terdaya kerana kesesakan, maka ditinggalkannya sahaja tunggangan itu, dengan mengambil pedangnya, dan perisai, terus meluru ke arah suara yang melaung mereka". Setelah terkumpul seratus orang maka mulalah mereka menghadapi tentangan musuh dan terus berperang dengan lebih serius. Setelah itu laungan khusus ditujukan kepada golongan al-Ansar, lebih khusus lagi kepada golongan Banu al-Harith bin al-Khazraj, dengan itu kelompck-kelompok Islam mula bercantum semula satu demi satu hingga pulih dan kembali keadaannya seperti sebelum berlakurya peperangan, dan kini kedua-dua belah pihak saling asak m.sngasak pihak lawannya. Apabila Rasulullah melihat ke arah medan pertempuran, didapati begitu sengit dan setiap pihak bergelut, justeru itu Baginda bersabda: "Kini peperangan memuncak". Maka Baginda mengambil segenggam pasir dan melontarnya ke arah musuh sambil bersabda: "Buta mata kalian". Dengan izin Allah setiap mata musuh terkena pasir lontaran Rasulullah menyebabkan daya saingan mereka luntur dan keadaan mereka kucar kacir.



KEKUATAN MUSUH BERPECAH DIIKUTI DENGAN KEKALAHAN TERUK

Tidak berapa lama selepas Rasul mencampak pasir ke muka musuh, ketaralah kekalahan mereka, dari Thaqif sahaja tujuh puluh (70) orang terbunuh, dengan itu kaum muslimin segera mengondol harta dan peralatan senjata musuh termasuk kaum wanita menjadi tawanan. Perkembangan akhir ini telah pun Allah (s.w.t) menyebut di dalam firmanNya:

" Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu.maka jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang luas terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kdmu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir dan demikian penbalasan kepada orang-orang kafir ".

(al-Taubah: 25 - 26)

GERAKAN MEMBURU

Sebaik sahaja musuh merasai kekalahan mereka, maka sebahagian mereka segera melarikan diri ke Taif, sekumpulan yang lain lari ke Nakhlah, yang satu lagi ke Autas. Rasulullah segera menghantar satu unit pemburu dipimpin oleh Abu Amir al-Asya'ari, di sana berlaku satu pertempuran kecil di antara kem Islam dan kem musyrikin, berakhir dengan kekalahan puak musyrikin. dalam pertempuran ini Abu Amir al-Asya'ari jatuh syahid. Sekumpulan yang lain memburu kelompok musyrikin yaiig lari ke Nakhlah dan sempat mereka menghancurkan kelompok berkenaan. Bersama mereka Duraid bin al- Sammah, juga dibunuh oleh Rabiah bin Rafi'e. Manakala kelompok yang lari ke Taif, Rasulullah sendiri yang bertindak memburunya dan darinya terkumpul rampasan-rampasan perang yang banyak.



RAMPASAN-RAMPASAN

Rampasan yang dipungut oleh kaum muslimin terdiri dari: Enam ribu (6,000) orang tawanan, dua puluh empat ribu (24,000) ekor unta, lebih empat puluh ribu (40,000) ekor biri-biri dan empat ribu (4,000) awqiyah emas. Rasulullah menyuruh dihimpunkan kesemuanya itu, dan ditempatkan di "al-Ja'ranah", dengan melantik Mas'ud bin Amru al-Ghaffari sebagai penjaganya, tanpa membahagikannya, hinggalah selesai gerakan ghuzwah ke atas "al-Ta'if". Di antara orang yang menjadi tawanan perang ialah al- Syaima' binti al-Harith al-Saadiah saudara sepenyusuan nabi, semasa beliau di bawa ke hadapan Rasulullah serta memperkenalkan dirinya, lalu Rasulullah pun membebaskannya setelah memastikannya dengan suatu tanda yang Baginda mengecaminya. Rasulullah memuliakan beliau malah Rasulullah menghamparkan kainnya untuk beliau dan dipersilakan beliau duduk di situ. Akhirnya Rasulullah menganugerahkan kemerdekaannya dan memulangkannya ke pangkuan keluarganya