Saturday, March 27, 2010

PENTINGNYA HIDUP BERMASYARAKAT

Annas!hang dok umah jer,g la tolong kat tempat kenduri tu...masih ku ingat kata2 arwah ayah yang selalu memaksa aku menolong orang kampung apabila ada majlis kenduri jiran atau sahabatnya dalam kampung.Biasala aku kalau cuti dok umah mengadap tv atau tidor jer keje aku,nasib baik la ada gak kawan2 aku yang sebaya dengan aku iaitu nazeer,ameer,syarip dan asrof,,kamila org muda yang ada dalam kampung biasanya kami nie selalu la melepak di umah kenduri tapi aku nie kadang2 malas gak nak g tempat kenduri selalu la aku diherdik oleh kawan2 aku tu..
Aku ingin berterima kasih kepada orang kampung aku iaitu kampung alor melong yang banyak menolong keluarga aku ketika mengurus jenazah ayah.orang kampung la yang banyak membantu mengemas rumah sewaktu kami masih bersama jenazah ayah di penang,sewaktu jenazah ayah sampai dirumah orang kampung la yang banyak membantu,masihku ingat sewaktu jenazah ayah tiba dirumah waktu itu doa tahlil sedang dibacakan.penuh dengan orang ramai yang mengaminkan doa tersebut.semoga doa ketika itu dimakbulkan oleh ALLAH,DAN MENEMPATKAN AYAH DI KALANGAN PARA SOLIHIN...