Saturday, August 1, 2009

DARI GUA MUSANG KE SERDANG AKHIRNYA KE ALOR STAR.

31 JULAI merupakan satu tarikh yang akan aku ingati sampai bila-bila kerana pada tarikh ini lah tercatat sejarah dalam hidup aku apabila aku mencatat rekod baru menaiki bas selama 24 jam.bermula dari perjalanan dari gua musang iaitu tempat yang terletak dihulu kelantan sehinggalah ke bandaraya iaitu pusat bandar kuala lumpur.Pelbagai pemandangan dapat aku lihat bermula dari hutan,gunung ganang sehinggalah bangunan pencakar langgit yang tumbuh bagaikan cendawan.Ini lah yang dikatakan pembangunan pesat negara kita.
Selain itu,aku dapat membuat beberapa kesimpulan berdasarkan pemerhatian aku tentang sikap dan perangai masyarakat di bandar dan dikampung.Ketika kami berada di gua musang,layanan yang diberikan oleh orang kampung sangat kami banggakan.Diberinya kami buah durian,rambutan,manggis dan buah salak sehingga kami tidak mampu membalas jasa baik mereka.kemesraan dan layanan dari hati ke hati menyebabkan kami terasa berat tanggungjawab kami supaya dapat memberikan yang terbaik untuk mereka dimasa akan datang.lambaian tangan mereka keteika kami hendak pulang jelas menyatakan hasrat mereka kepada kami.
Suasana ini amat bezakan sekali apabila kami tiba dikuala lumpur yang penuh sesat dengan orang ramai.Layanan yang diberikan jauh beza sekali dengan layanan yang kami terima semasa digua musang.Semua orang hanya dengan diri mereka sendiri tanpa memikirkan diri orang lain.Sifat untuk bertegur sapa sudah hilang dikalangan masyarakat kuala lumpur.Oleh itu,kita hendaklah menanam semula sifat ini untuk menunjukkan bahawa kita masyarakat melayu yang penuh dengan adat sopan.