Saturday, May 30, 2009
IMAN VS NAFSU
Cuti baru 3 minggu tetapi pelbagai perkara telah terjadi aku harap cuti kali ini akan berlalu dengan pantas dan bermanafaat.Benarlah kata sahabat2 aku di upmkb pada satu masa dahulu,kita perlu berada dalam kumpulan atau jemaah supaya kita tidak dilambung ombak dan gelora dunia yang penuh dengan pancaroba dan dugaan.Bila berada dirumah pada waktu sekarang aku berasa sangat kebosanan dan pelbagai banyak benda yang cuba menghasut aku untuk bt benda jahiliah.kalau duduk dirumah sudah semestinya tv menjadi benda yang boleh menghilangkan bosan aku.saluran astro yang pelbagai channel yang sudah semestinya yang akan menghilangkan bosan aku rupanya tidak dapat memnuhi juga keinginan aku.aku pun x pasti kenapalah hati aku tetap bosan walaupun astro itu banyak rancangan yang menarik sehinggalah aku mengisi masa aku dengan bacaan alquraan dan solat jemaah di masjid.ternyata apabila aku membuat perkara ini hati aku menjadi tenteram.Itulah fitrah manusia iaitu kembali kepada penciptanya.Ya Allah aku memohon ampun kepadamu dan memohonkepada mu supaya memberi kekuatan iman ketika aku sendirian.Iman sahajalah yang mampu mengawal nafsu yang penuh dengan permintaan.Pertarungan antara iman dan nafsu sentiasa berlaku dalam diri aku,kadang-kadang rasa lemah sangat Ya allah ampunilah aku.....
Subscribe to:
Posts (Atom)