Saturday, February 28, 2009
Sharing,Carring and Loving
Alhamdullilah ana panjatkan kesyukuran keatas Allah SWT diatas nikmat iman yang diberikan oleh-Nya supaya mengerakkan hati,jiwa dan anggota fizikal diri ana supaya menghadiri majlis tafaqudfiddin yang diadakan di pusat islam UPMKB yang membicarakan tafsir Al-Quran yang disampaikan oleh Ust Salehuddin Abu Samah.
Ana tertarik dgn tazkirah permulaannya yang beliau menyatakan kerisauannya terhadap situasi masalah sosial yang berlaku disekitar persekitaran kampus UPMKB INI.Semasa beliau on the way ke pusat islam beliau terlihat sepasang couple membonceng motosikal bersama2 alangkah bahagianya mereka di waktu petang menaiki moto bersama-sama mencari rama-rama.Tetapi hakikatnya jiwa mereka kosong kerana mencari ketenangan selain daripada ketenangan yang ditetapkan oleh Allah swt seperti berzikir dan mengaji Al Quran.Hati manusia sentiasa mencari fitrah islam dan jiwa manusia akan memberontak jika ketenangan yang dicari tidak berlandaskan Islam walaupun pada permulaannya jiwa akan merasa bahagia dengan kehendak hawa nafsu tetapi hanya sementara sahaja lama-kelamaan ia akan bosan dan akan mencari lagi ketenangan lain lg dan yang pastinya ketenangan yang dicari hanyalah ketenangan reda ALLAH.
Ana mengingatkan diri ana dan sahabat sekalian supaya menjaga hati kita supaya tidak terjebak dgn virus cinta dan dibius cinta kerana kita masih belum layak lagi utk bercinta.Tanggung jawab kita selaku mahasiswa masih perlu dipikul demi kepentingan islam,ibubapa dan umat islam khususnya.Jangan lah kita siakan masa usia muda kita dengan benda yang x berfaedah ini ianya akan merosakkan ruh kita sebagai mahasiswa.Sharing,caring an loving tidak salah ada pada kita sekalian tetapi biarlah ianya diletakkan pada tempat yang betul seperti kepada Allah,Nabi dan Ibubapa kita.Semoga Allah pelihara iman kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)