Friday, February 13, 2009

BONCENG-MEMBONCENG


Pertamanya saya ingin mengucapkan ucapan tahniah,terima kasih dan syabas kepada seorang mahasiswa yang bernama saudara izzuddin yang menjadi khatib pada khutbah hari jumaat 13 februari 2009 di Pusat Islam UPMKB.Insan yang beginilah diperlukan oleh masyarakat kerana beliau mampu menyampaikan amar makruf dan nahi mungkar.Tidak semua manusia mempunyai kebolehan sepertinya iaitu lantang bercakap dan berperibadi mulia.
Seterusnya kita kembali kepada teks khutbah yang disampaikan olehnya,yang pertama ialah beliau mengajak para jemaah supaya menanamkan semangat mencintai Allah SWT melebihi segalanya dia atas benda dimuka bumi ini.Yang kedua ialah beliau mengajak orang ramai supaya mencintai Rasullulah SAW kemudian kedua ibubapa dan saudara-saudara seislam.
Point yang seterusnya ialah beliau meberitahu kepada jemaah sekalian bahawa menyambut valentine day itu adalah haram disisi agama islam.Seterusnya beliau melahirkan rasa kesal dan bimbang beliau terhadap remaja islam yang terpengaruh dengan budaya barat dan yahudi laknatullah.Antara gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja masa sekarang ialah sms lucah,bercouple,berzina dan bonceng membonceng antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang kian menjadi-jadi.
Akhirnya saya menyeru kepada semua pembaca sekalian marilah kita memuhasah diri kita dan kembali bertaubat kepada Allah SWT kerna pintu taubat masih terbuka sebelum kita menyesal pada hari akirat kelak....Segalanya atas REDA ALLAH...