Wednesday, April 8, 2009

Universiti Medan Melatih Bakat Kepimpinan


Sedar tak sedar rupanya dah semester akhir sudah.Benarlah pepatah mengatakan masa itu berlalu dan akan meninggalkan kita dan akan mendewasakan kita.Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah SWT kerna memberi peluang kepada saya supaya dapat belajar di UPM kampus bintulu ini.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah UPMKB khususnya pensyarah dan staf jabatan sains perhutanan kerna sanggup memberi tunjuk ajar kepada saya.Selaku mahasiswa kita tidak sepatutnya hanya memberi tumpuan kepada akademik sahaja malah kita harus bergiat aktif dalam bidang berpersatuan kerana dengan kemahiran seumpama ini akan memberi kekuatan kita apabila berhadapan dengan masyarakat kelak.Kemahiran berorganisasi tidak dapat melalui kelas tetapi melalui aktiviti yang dianjurkan oleh kelab dan berpersatuan.Oleh yang demikian saya menyeru kepada mahasiswa sekalian aktifkanlah diri anda dalam berpersatuan.