Monday, August 10, 2009

KONVOKESYEN UPM KALI 33




Syukur alhamdullilah aku panjatkan kepada Allah SWT kerna dengan keredaannya akhirnya majlis konvokesyen kali ke 33 dapat berjalan dengan lancar juga akhirnya.Walaupun pada masa sekarang penyakit yang mudah merebak iaitu selsema babi yang sedang mengancamkan kesihatan orang ramai sedang merebak tetapi aspek keselamatan dan kebersihan yang dipentingkan oleh pihak UPM akihirnya dapat menjayakan juga konvokesyen kali ini.
Disini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan konvokesyen kali ini dan bertungkus lumus supaya konvokesyen kali ini berjalan dengan lancar.
Penganugerahan sesi kelima konvokesyen kali 33 telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato'Dr Nayan bin Ariffin. iaitu Pro Canselor UPM.
Aku juga ingin berterima kasih kepada mak dan serta keluarga yang datang memeriahkan konvokesyen aku kali ini.