Tuesday, November 17, 2009

JIWA TENANG DENGAN BERZIKIR

Syukur alhamdullilah saya panjatkan kehadrat tuhan yang esa iaitu Allah SWT dan selawat serta salam keatas junjungan mulia Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat baginda.
Cuti semester menyebabkan seluruh jadual harian saya berubah bermula dari bangun pagi sehinggalah tidur malam.Terdapat masa sengang yang begitu banyak membuatkan hati saya berasa tidak keruan.Timbul rasa ingin mencintai dan menyanyangi seseorang menyebabkan perasaan jiwang datang kembali.Bila dah memiliki seseorang sepatutnya kasih dan sayang saya diluahkan kepadanya serta masa sengang saya dapat dimanfaatkan dengan baik ternyata harapan saya palsu.Kehadirannya menyebabkan jiwa masih tidak tenang dan berasa sesuatu yang kehilangan.Sehinggalah apabila saya mendengar khutbah jumaat minggu ini menyatakan hati seseorang tidak akan tenang kecuali dengan berzikir dan mengingati Allah SWT sahaja.
Alhamdullilah saya telah berjaya menenangkan hati saya dengan berzikir dan mengingati Allah.Saya begitu kagum dengan zikir-zikir kepada Allah bayangkan satu perkataan tersebut kita sebut berulangkali ternyata akan menyebabkan diri kita bosan tetapi berlainan kalimah-kalimah zikir sebutlah berjuta kali pun nescaya hati tidak tenang dan mahu mneyebutnya lagi.
Beginilah rahsia-rahsia kalimah zikir kepada Allah.saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian biarlah kita meletakkan cinta dan kasih itu pada tempat yang sebetulnya.