Sunday, September 21, 2008

KERETA LAMA MASIH BOLEH DIGUNA

Written by PAS Kedah
Thursday, 07 August 2008

Alor Star - Semua Exco Kerajaan Negeri menggunakan kenderaan yang sedia ada apabila mengambil alih pentadbiran negeri Kedah. Kenderaan Proton Perdana V6 Eksekutif ini akan diperbaiki apabila mengalami kerosakan. Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membeli kenderaan baru, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Setakat ini hanya seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri menggunakan kenderaan baru itupun disebabkan kereta yang lama tidak boleh digunakan lagi.

“Ini kerana lebih dari sekali kereta berkenaan rosak sehingga Ahli Exco berkenaan terpaksa mengambil teksi untuk menghadiri mesyuarat,” katanya pada sidang akhbar sebelum Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini.

“Kereta-kereta Proton Perdana V6 Eksekutif yang dipakai oleh semua Ahli Exco sekarang boleh dikatakan semua sudah uzur tetapi masih boleh dipakai apabila dibaiki. Kita tidak bercadang untuk membeli yang baru.. Sekiranya terpaksa membeli kereta yang baru kita tetap memilih jenis Proton,” katanya.

No comments: