Thursday, January 29, 2009

Lesbian jadi PM baru Iceland



Bekas pramugari yang juga seorang lesbian, Johanna Sigurdardottir (gambar) bakal dilantik sebagai Perdana Menteri baru Iceland, lapor sebuah akhbar semalam.

Sigurdardottir dijangka mengangkat sumpah pada hujung minggu ini sekali gus mencipta sejarah sebagai golongan lesbian pertama di dunia menjadi pemimpin negara.

Menteri Hal Ehwal Sosial yang berumur 66 tahun itu berkahwin seorang penulis wanita, Jonina Leosdottir dalam satu majlis pada 2002.

Beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri sementara selepas kerajaan Iceland dibubarkan pada Isnin lalu kerana kemelesetan ekonomi.

Iceland juga mencipta sejarah sebagai kerajaan pertama di dunia yang tumbang akibat krisis kewangan global.

Beberapa parti yang bakal membentuk kerajaan campuran yang baru dilaporkan bersetuju untuk melantik Sigurdardottir sebagai Perdana Menteri yang baru.

No comments: