Tuesday, May 12, 2009

ADA APA PADA BINTULU????





Bintulu merupakan sebuah tempat yang tak pernah difikirkan oleh pemikiran aku semasa di bangku sekolah yang akan menjadi tempat yang akan ku jejaki untuk mengapai ilmu.Masa aku kecil dulu aku hanya dengar bintulu ini sebagai bandar yang kaya dengan petroleum dan minyak.Itu jer pengetahuan aku sebelum aku sampai di bumi bintulu ini.
Kini setelah 3 tahun berada dibumi bintulu ini banyak rupanya keistimewaan yang ada padanya yang x pernah aku fikirkan selama ini.Pertama sekali ialah kepelbagaian kaum yang ada dibintulu,jika disemenanjung terdiri daripada kaum melayu,cina dan india.Dibintulu ia terdiri daripada pelbagai kaum seperti iban,melanau,bidayuh,penan dan macam2 lagi.Bagi aku memang susah nak bezakan mereka daripada paras rupa tetapi yang dapat membezakan mereka ialah melalui percakapan mereka.Sukar bagi aku untuk memahami percakapan mereka cuma sikit2 jer yang dapat aku fahami contohnya bahasa melanau iaitu spring mata pilau maksudnya terbeliak mata aku.hahhaha...bg bahasa iban pula ialah aku sayau knuwan maksudnye ialah aku sayang sama kamu hahahah..itulah keunikan bahasa yang terdapat disarawak bumi kenyalang ini.
Sedih juga aku nak meningalkan bumi bintulu ini yang gersang dengan agama islam.Islam hanya pada nama,dan lambang pada keunikan masjid sahaja.Aku insan yang lemah tak mampu untuk membuat perubahan kepada masyarakat dibumi bintulu ini.aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar Allah memelihara agamanya di sini.Gejala minum arak,nombor ekor dan perjudian sudah biasa dibumi bintulu ini tetapi yang malang nye sekali kaki-kaki mabuk,kaki-kaki judi dan nombor ekor terdiri daripada bangsa yang seagama dengan aku.bayangkan remaja yang berusia 19 tahun sudah tahu berzina apa akan terjadi pada bintulu ini ya allah.aku mohon kepada mu ya allah engkau gerakanlah hati-hati pejuang agama dakwahmu ini semoga hadir dibumi bintulu ini membawa cahaya agama mu yang berkilau itu.I.ALLAH aku berazam aku akan hadir semula dibumi bintulu ini untuk memperjuangkan agama mu ini ya allah.Ya allah ampunilah aku selama 3 tahun aku disini tidak daya aku menegakkan agama mu yang mulia ini.Ampunilah aku Ya ALLAH YANG MAHA PENERIMA TAUBAT.

5 comments:

Unknown said...

Saya pon berasakan apa yang saudara rasa di Bintulu..sedih tak dapat menegakkan Agama Islam..maksiat dan kejahilan berleluasa, hanya Islam pada nama...

Unknown said...

Aku tinggal dan bekerja di Bintulu selama 25 tahun. Segalanya jadi kenangan bagiku. Memang benar, masyarakat Islam di Bintulu sangat cetek dalam pengetahuan agama, apalagi mengamalkannya. Minuman keras berbagai jenis dan murah menjadi minuman biasa dikalangan remaja di sini. Pernah saya terserempak sekumpulan pelajar sekolah rendah menghidu gam tanpa rasa takut.
Zina dan bersekedudukan berleluasa di sini bak kata orng petik jari saja. Nak bini orang pun boleh, tepuk dada tanya selera.
Ok, setakat ni saya komen nanti saya akan tambah lagi

amieyrul aizzat said...
This comment has been removed by the author.
amieyrul aizzat said...
This comment has been removed by the author.
amieyrul aizzat said...

Lagi 5 bulan dari sekarang aku dan keluarga aku kemungkinan akan berpindah ke bintulu Sarawak. Sungguh berat hatiku ini untuk berhijrah ke bumi kenyalang, maklumlah sudah 10 tahun aku berada di Kelantan ini.bila aku baca petikan di atas membuatkan hati ini makin takut untuk berhijrah ke sana, apa yang akan berlaku disana nanti? bagaimana dengan agmaku? OH duhai hati kau membuatkan aku xsenang duduk