Saturday, July 25, 2009

TANGGUNGJAWAB ATAU PERKONGSIAN???

Wah pada petang hari khamis lepas, tiba-tiba tiada hujan tiada ribut aku pergi surau kolej serumpun awal sebelum masuk waktu magrib selalunya aku adalah dikalangan orang yang masbuk terhormat...hahaha selepas selesai solat magrib majlis bacaan yassin diteruskan seperti kebiasaan malam khamis masyrakat melayu menjalankan majlis ini.Tetapi yang bestnya selepas bacaan yassin ada ceramah agama yang disampaikan oleh wakil daripada jabatan agama islam wilayah persekutuan hingga mencecah waktu pukul 930 malam.Tajuk yang dibicarakan ialah bagaimanakah mahahsiswa mengahadapi tribulasi semasa belajar.Aku tertarik dengan pandangan yang dilontarkan beliau mengenai bab aqidah,beliau mengatakan islam dan kafir ini sama sahaja zaman sekarang,orang kafir pun percaya dalam dunia ini ada tuhan selain golongan aetis.jika kita lihat orang kristian sekarang pun berani benar menyatakan ALLAH itu tuhan mereka.Tetapi yang membezakan kita selaku umat islam dan orang kristian ialah bagaimanakah kita mentauhidkan Allah.
Seterusnya ialah beliau melontarkan lagi pandangan beliau,beliau menyatakan jika kita selaku mahasiswa islam ingin menjalankan kerja-kerja dakwah islam ini atas dasar tanggungjawab maka kita akan gagal.Penyataan ini benar-benar menarik perhatian aku.Selama ini aku rasa kerja-kerja dakwah dijalankan atas muka bumi ini dijalankan atas dasar tanggungjawab.Tiba-tiba malam ini ada ustaz ini menafikan pegangan yang selam ini aku pegang.Beliau menyatakan jika kita melakukan kerja dakwah ini atas dasar tanguungjawab maka kita akan gagal.jika kita melakukan kerja dakwah ini atas dasarkan perkongsian maka kita tidak akan gagal.Apa yang dimaksudkan dengan perkongsian ini???aku menungu juga huraian daripada beliau namun beliau tidak menghuaikannya.Beliau hanya menyatakan kita tidak mampu mengubah suasana sekarang tetapi kita hanya mampu mengubah diri kita sendiri sahaja,Penyataan beliau ini menimbulkan tanda tanya dalam benak pemikiran aku..diharapkan para pembaca sekalian dapat bersama-sama dengan saya mencari maksud yang tersirat yang dinyatakan oleh ustad tadi.

No comments: