Saturday, September 19, 2009

PERGINYA RAMADHAN 2009

Ketika saat ini aku sedang mendengar takbir raya di laptop aku.Jam dilaptop aku menunjukkan jam 2.00 pagi di malam raya yang penuh dengan suara takbir berkumandang.Terasa hati aku sebak ketika berbuka puasa last day untuk bulan ramadhan tahun ini.Adakah ramadhan tahun ini adalah ramdhan yang terbaik dalam hidup aku.Ternyata malam ini aku berasa sgt menyesal kerana tidak dapat memnuhi ramadhan tahun ini dengan sebaiknya.Apakah amalan aku ini diterima oleh NYA?Ya Allah ampunilah aku.Apakah aku dipanjatkan usia untuk menikmati bulan yang penuh berkah ini pada tahun depan?,Ketika bulan yang penuh mulia ini pergi ternyata tersingkap di hati kita kegembiraan untuk menyambut hari raya yang penuh dengan kemeriahan ini.Oleh yang demikian saya menasihati diri saya sendiri dan tuan dan puan sekalian supaya bersederhana dalam menyambut raya kali ini.ingatlah saudara-saudara kita yang berada di palestin dan yang mengalami bencana alam.dalam berhari raya ini sama-samalah kita menziarahi kubur pusara ibu atau bapa atau ahli keluarga yang telah pergi buat selamanya.
AKHIR SEKALI AKU MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN,JEMPUT DATANG LA KE RUMAH.

No comments: