Monday, October 12, 2009

JANGAN TEGUR ATAU MESTI TEGUR

Para ulama menyatakan bahawa orang yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran itu bukan semestinya meninggalkan maksiat. Ertinya, tidak menjadi masalah menunaikan suruhan amar makruf nahi mungkar walaupun seseorang itu melakukan maksiat.
Disebut di dalam hadis sahih di dalam kitab Riyadhus Solihin bahawa terdapat seorang lelaki pada hari kiamat, perutnya panjang berjela-jela dan diikat pula pada penunggul.

Kemudian perutnya diheret menggelilingi penuggul tersebut seperti beruk mengheret tali di sekelilingnya.

Manusia mengerumuni mereka seraya bertanya, "kenapa kamu dijadikan sedemikian rupa sedangkan di dunia dahulu kamulah orang yang sedap bercakap dan kamu ini seorang ustaz yang kerja kamu mencegah orang daripada melakukan maksiat dan menyuruh mereka melakukan kebaikan?"

Lalu dia menjawab,"aku menyuruh orang buat baik tetapi aku sendiri tidak melakukannya. Inilah balasan yang Allah berikan kepada aku."

Yang melakukan maksiat, Allah akan menghukum dan memberi balasan setimpal dengan perbuatannya. Bagaimanapun kewajipan amar makruf nahi mungkar suatu tanggungajawab yang mesti ditunaikan oleh sesiapa sahaja di kalangan umat Islam.

Berlaku pada zaman dahulu, seorang raja yang tabiatnya suka minum arak. Walaupun demikian dia tetap mengharamkan arak dan menghukum rakyatnya yang meminum minuman memabukan itu. Tetapi dia sendiri adalah peminum arak, masih tidak meninggalkan perbuatan haram tersebut.

Ertinya perbuatan menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran hendaklah dilakukan oleh umat Islam.

Dalam hadis yang lain diriwiyatkan oleh Imam Ahmad bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah, tidak mengazab orang ramai dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang yang khusus (Allah tidak mengazabkan orang ramai apabila ada golongan tertentu mengerjakan maksiat di kalangan mereka) sehinggalah mereka melihat maksiat berlaku di kalangan mereka sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka tidak mencegahnya."

Apabila berlaku demikian Allah Ta�ala mengazabkan orang yang khusus (tertentu) mengerjakan maksiat dan orang ramai yang tidak melakukan maksiat turut sama ditimpakan azab."

Ini adalah amaran yang keras daripada Nabi s.a.w. - lanh _

No comments: