Aduh sakit!!! itu la selalu keluar dsri mulut saya dua tiga minggu ini.Mak selalu marah jangan selalu sebut aduh sebut la ALLAH barulah ingat kat DIA sikit.Nie x taak selalu sebut aduih2.Ingat la sikit sakit ALLAH supaya kita ingat kat dia banyak2.Itulah nasihat mak saya.
Dah 2 hingga 3 minggu saya mengalami sakit sebelah kaki kiri,sakit ini menyebabkan saya tidak boleh duduk terlalu lama.Saya sudah pergi ke jumpa doktor sudah 3 kali dan keputusan nya sama adik tidak sakit apa2 adik blh balik rehat dan hanya diberi ubat tahan sakit jer.Pelik bermain difikiran sehnggalah saya pulang kekampung,bermulalah berubat secara kampung tetapi tidak mendatangkan hasil juga sakit masih dirasai.Mak bertekat untuk membawa aku berjumpa dengan doktor pakar,ternyata sakit yang aku alami sebelum ini dapat dikesan,katanya saya mengalami sakit tulang belakang,tulang belakang telah senget ke arah kiri dan menyebabkan kaki kiri saya sakit dan tidak mampu untuk duduk kerana pingang tidak dapat menampung berat badan akibat kedudukan tulang belakang yang tidak betul.
Syukur kepada tuhan akhirnya sakit yang aku alami sebelum ini dapat dikesan juga,saya berdoa kepada Allah supaya sakit yang diberi oleh Nya ini agar cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment