Akhir-akhir ini aku merasa diriku sangat lemah rasa bosan dengan dugaan yang datang bermacam-macam dugaan.Rasa macam terlalu berat untuk menanggung semua dugaan yang mendatang.Astagfirllah betapa banyak nya aku merungut tentang dugaan yang mendatang seolah-olah aku ini tidak bersyukur.Ya ALLAH ampunilah aku.
Sedar tak sedar rupanya aku bertuah berbanding orang lain,aku rasa bertuah kerna mendapat didikan agama yang baik oleh keluarga aku,semalam aku tonton buletin utama,ada berita yang aku rasa manusia sekarang memang dah hilang sifat kemanusiaan dan bersifat seperti binatang,sedangkan binatang pun sayang pada anaknya.berita tersebut tentang perjumpaan janin yang dimasukkan di dalam bekas seolah2 bekas biskut dan diletakkan di tokong cina.apa semua ini?
akhir-akhir ini kita lihat banyak sangat berita seperti ini.buang bayi disana sini!Seolah olah macam dizaman jahiliah dahulu.apakah sebab semua ini terjadi??adakah remaja zaman sekarang memerlukan pedidikan seks disekolah??adakah remaja sekarang kurang didikan agama??adakah remaja sekarang terlalu bebas??
Bagi pendapat aku,remaja sekarang tidak perlu didikan seks,remaja sekarang tidak kurang didikan agama dan remaja sekarang tidak bebas sebab apa aku katakan demikian cuba kita lihat pendidikan seks tidak perlu diajar di peringkat sekolah sebab berlakunya perzinaan ini pun akibat daripada kehendak nafsu mereka sendiri.kita lihat pula didikan agama dikalangan remaja tidak kurang bahkan kebanyakan berlakunya gejala perzinaan ini dilakukan oleh remaja yang tau agama cumanya terlalu ikutkan nafsu.kita lihat lagi remaja sekarang tidak bebas ahli keluarga tetap mengambil berat terhadap anak mereka tetapi berlaku juga gejala demikian akibat daripada nafsu.
Kesimpulannya semua gejala ini berlaku akibat nafsu serakah manusia itu sendiri.Oleh yang demikian,disekolah atau dimana-mana tempat pengajian haruslah diterangi tentang nafsu yang ada pada diri sendiri.Nafsu dan akal hendaklah bersaling memainkan peranan dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perkara disamping dengan pertunjuk dari alquraan dan hadis.Nafsu merupakan benda yang kita tidak nampak,jikalau otak kita sakit kita boleh pergi ke hospita jumpa doktor pakar otak jika nafsu kita sakit kita tidak nampak tetapi kesan daripada nafsu yang sakit kita dapat lihat sekarang dengan pelbagai gejala yang tidak disepatutnya berlaku.Oleh yang demikian,kita hendaklah mendidik hawa nafsu kita dengan cara yang betul dengan sentisa melakukan kebersihan jiwa dan melakukan perintah Allah.
Aku juga mempunyai nafsu,ada ketika dahulu nafsu aku begitu sakit aku tidak sedar nafsu aku begitu sakit tiba-tiba ALLAH datang musibah pada aku barulah aku sedar akan sakitnya nafsu ku selama ini,Ya ALLAH AMPUNILAH AKU.
No comments:
Post a Comment