Saturday, May 8, 2010

SATU KASIH TELAH PERGI,TINGGAL SATU KASIH SAHAJA LAGI.

Mampukah aku memberikan kebahagian kepada satu kasih yang tinggal ini.Aku harap Allah memberikan kesempatan kepada aku untuk memberi kasih sayang kepada emakku.Emak sahaja lah yang tinggal sejak ayah pergi meningalkan aku buat selamanya.Emak lah menjadi semangat untuk aku untuk meneruskan hidup untuk mencapai kejayaan untuk membahagiakan emak.Kasih kepada ayah juga tidak kulupakan doa aku kirimkan semoga bahagia ayah di alam sana.
Emak sentiasa memesan kepada aku supaya jangan tinggal solat belajar betul-betul.Perbelanjaan aku untuk belajar ditanggung oleh mak sekarang.Terasa beban kepada emak pulak.Aku harap aku dapat membalas jasa emak dan membahagiakan emak disaat masa yang ada ini.
YA ALLAH ENGKAU AMPUNILAH DOSA-DASA IBUKU,

No comments: